Thursday, January 31, 2013
RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
ASSALAMUALAIKUM...
Sebelum ni dah biasa buat MARBLE CHEESE BROWNIES dan
dah pernah juga K.Nor buat RED VELVET CAKE/CUPCAKE.
Jadi kali ni nak menggabungkan kedua resipi menjadi satu.
Dengan menggunakan resipi Red Velvet Cake yg diambil dr SINI
, K.Nor gabungkan dgn resipi lapisan cheese dr resipi
Marble Cheese Cake. Cara membuatnya K.Nor tak ikut
spt dlm arahannya tu sbb tu kaedah membuat kek yg mana
butter dipukul hingga kembang, masukkan telur dan
pukul lg hingga gebu dan seterusnya tu. Mengikut ilm
pembuatan brownies sebenarnya lebih mudah, yg mana
bahan kering dicampur ke dalam bahan basah.
Godek2 gitu jer tanpa perlu menggunakan mixer
(kebiasaanya menggunakan handwisk atau spatula).
Lagipun mmg tekstur brownies agak padat sket dan tak segebu
tekstur kek kan.. Itu lah kelainan di antara kek dan brownies :)
Kemudian utk toppingnya, K.Nor lebih suka guna dr resipi
Marble Cheese Brownies kerana ianya agak mudah dan sedap
(juga ada sedikit olahan pd bahan yg digunakan). Jadi resipi
brownies yg dihasilkan ni adalah gabungan dua resipi yg mantop
dan yummy! K.Nor letakkan kat bawah ni, resipi
RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES yg dah
K.Nor olah dr gabungan 2 resipi yg K.Nor sebutkan di atas..
Silakan mencuba, insyaallah sedap.. :)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
Bahan utk brownies:
2 1/2 cawan (250gm) tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan (113gm) mentega ~ dicairkan
1 1/4 cawan gula castor
2 biji telur A
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan susu fresh
2 sudu besar perahan lemon/limau nipis
Cara:
Panaskan oven dgn suhu 160C.
Alas loyang 10" x 10" dgn baking paper dan lebihkan
bahagian tepi utk memudahkan proses mengeluarkan
brownies.
~ ~ ~
Masukkan perahan lemon/limau nipis ke dalam susu
fresh dan kacau sedikit.
Biarkan selama 5 - 10 min. (kaedah ni menghasilkan buttermilk)Masukkan pewarna merah ke dalam bancuhan susu dan kacau.
~ ~ ~
Ayak tepung naik sendiri bersama serbuk koko dan garam. Ketepikan.
Dengan menggunakan handwisk, kacau gula bersama mentega
cair sehingga gula sedikit larut.
Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan pula esen vanila dan bancuhan susu/buttermilk tadi.
Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan pula esen vanila dan bancuhan susu/buttermilk tadi.
Kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak tadi dan kacau.
Bila adunan dah sebati, masukkan cuka dan kacau sekejap (jgn overmix)
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. (tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar dan masukkan ke dalam piping bag/bag plastik bersih, utk mencorak bahagian atas topping/cheese)
Bakar selama 20 min menggunakan api atas bawah (atau sehingga bahagian atas masak sedikit)
Keluarkan dr oven dan tuang bancuhan lapisan cheese ke atasnya. Ratakan.
Gunting bucu piping bag/bag plastik dan paipkan secara melintang sehingga habis ke atas adunan cheese td.
Lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih.
Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi lebih kurang 15 - 20 min.
Keluarkan dr oven dan biarkan sejuk. sebelum dipotong.
Bahan utk lapisan cheese:
250g cream cheese
3/4 cwn gula castor
1 biji telur gred A
5 sudu besar susu fresh
Cara:
Pukul cream cheese hingga gebu dan masukkan gula.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan pula telur dan susu fresh.
Pukul hingga kembang dan ketepikan.
Tips :
1. Buangkan baking paper dr brownies dan simpan brownies dalam peti ais utk mendapatkan rasa yg lebih sedap dan brownies juga lebih mudah dan cantik dipotong bila sejuk.
2. Utk pembakaran kali ke2 (selepas dimasukkan topping cheese, boleh la menggunakan api bawah sahaja bila permukaan cheese mula menampakkan keperangan.
3. Boleh juga jika ingin menggunakan tepung gandum biasa, cuma tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat. (kemudian ayakkan sekali dgn tepung dan serbuk koko)
4. Utk mendapakan potongan yg licin dan cantik, gunakan pisau yg dah dipanaskan terlebih dahulu (mekasih pd AlongRoz atas tip ni )
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/01/red-velvet-marble-cheese-brownies.html#ixzz2JWnjANIh

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/01/red-velvet-marble-cheese-